ZAPIN PULAU
ZAPIN PULAU | Johor Traditional Dance
The difference between the island zapin and the modern zapin is that the island zapin's steps are more orderly and have many ''flowers''. Among the flower steps performed are the basrah step, the oblique step, the udang step, the ayam patah step and many more. Each of these steps has its own uniqueness in terms of foot movements and bends.
Led by Juni Binti Salam, or more affectionately known as Ummi, the Zapin Warisan Pulau group was established in 1982 with 6 other members. Ummi, 64, has been an island zapin artist for 34 years and will now perform weekly on Pulau Besar to revive the island's culture of the past
ZAPIN PULAU | Tarian Warisan Johor
Perbezaan zapin pulau dan zapin moden adalah, zapin pulau langkahnya lebih tertib dan banyak ''bunga''. Antara langkah bunga yang dilakukan adalah langkah basrah, langkah serong, langkah udang, langkah ayam patah dan pelbagai lagi. Setiap langkah ini mempunyai keunikan tersendiri daripada segi pergerakan kaki dan lenggoknya.
Diketuai oleh Juni Binti Salam, atau lebih mesra dikenali sebagai Ummi, kumpulan Zapin Warisan Pulau ditubuhkan semenjak 1982 bersama 6 orang ahli lain. Ummi, 64 tahun, telah menjadi seniman zapin pulau selama 34 tahun dan kini bakal membuat persembahan pada setiap minggu di Pulau Besar bagi menghidupkan semula budaya di pulau pada zaman dahulu.